Saturday, November 10, 2007

MALAM JUMAAT 1


Malam Jumaat mempunyai rahsianya tersendiri. Bagi penghuni Kg Pasir Berdenggung yang bujang ini, malam minggu adalah malam mengeratkan siratulrahim antara penduduk setempat. Minggu ini, persatuan nelayan pantai telah menaja "barbeque" ikan segar yang dipancing di Laut Merah. Majlis diadakan di tepi pantai selepas solat Isyak. Chef jemputan Tuan Zack telah menyediakan perencah ikan bakar istimewa Port Dickson. Raj pula menyediakan cecah kicap Sarawak yang pedas. Ummhh.... menyelerakan...

Nelayan-nelayan meneruskan kerja harian mereka selepas menjamu selera. Bagi kami yang kurang mempunyai sifat sabar seperti mereka, tidur adalah pilihan yang bijak. Oh ye, esoknya kita orang kena menghadiri kursus "team building"!!!



No comments: