Tuesday, November 13, 2007

KURSUS PAU - LEVEL 1 (1)



Gambar ini dirakamkan pada jam 10:36 malam, 12 November, 07 setelah dua orang pelajar (kiri) penat menguli ramuan tepung dan yeast untuk membuat pau. Chef One yang berbaju biru tidak sempat mandi dan bertukar pakaian setelah pulang dari bertugas telah diheret ke galley untuk mencurahkan ilmu dan mengawal selia kualiti. Memang nampak sungguh kepenatan di wajah mereka bertiga!!! Dengan berbajukan T-shirt Pagoda, keterampilan sebagai tukang uli memang terserlah.

Demi ilmu penyediaan makanan dan niat untuk berbakti kepada masyarakat nelayan, mereka sanggup bercengkang mata untuk memastikan nelayan-nelayan dan sahabat lain menikmati sarapan yang berbeza keesokkan hari nya. Alhamdulillah!!! Selalulah rajin-rajin macam ini....

No comments: