Sunday, September 23, 2007
NANTI JANGAN RINDU-RINDUAN
Inilah makanan yang Pak Yah masak semasa Hari Raya Aidil Fitri tahun 2005. Ketupat, rendang, sambal kacang, nasi baryani, kari dalca dan masak lemak lodeh (lontong). Uhhh sedapnya, terliur pulak di bulan puasa ni.
Pada tahun 2006, Pak Yah berhari raya di Malaysia dan kami yang tinggal makan mee hoon aje!!!! Lepas tu menempel di kem kontraktor untuk makan roti canai dan lontong. Itulah nak dikatakan di sini, betapa ketaranya antara adanya Pak Yah dengan tak ada. Tahun 2007 lagilah ketara, Pak Yah akan pulang ke tanahair pada penghujung September dan terus berkhidmat di Malaysia. Bayangkan suasana Hari Raya di MTF tahun ini....Emmm tak mahu bicaralah Bapak... Sedih tinggalkan kawan-kawan yang bertiga. Mungkin kalau dah terdesak, masak ajelah asalkan ade rupa, rasa belakang kira. Jangan dua-dua tak ada sudah!!!
Hari-hari memancing di Setapak,
Inginkan keli dapat haruan,
Makanlah banyak-banyak semasa nampak,
Nanti jangan rindu-rinduan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment