Saturday, September 29, 2007

BAAAALEK KAMPUUUUNG !!!


Macam cerita wayang P Ramlee pulak. Gambar ini memaparkan suasana bila hampir kepada hari nak pulang ke kampung halaman. Berkerumunlah sahabat-sahabat sekeliling Tuan Shahrun untuk mendapatkan khidmat gunting rambut percuma. Amal jariah di bulan Ramadhan ya!!
Sahabat-sahabat ini ingin kelihatan anggun untuk bertemu isteri masing-masing. Tak mahulah wajah macam orang nomad di padang pasir!!! Mahu nampak tampan dan anggun. Untuk Ipin inilah kali terakhir rambutnya digunting di Kg Pasir Berdenggung. Daing terpaksa bercangkung sebab dah lama menunggu. Ipin, style rambut tu macam budak sekolah aje!!!! Arip repair janggut sendiri!!
Semuga gambar ini menjadi kenangan buat semua.

No comments: